Friday 23 March 2012

Bila rajin dah datang...

Assalamualaikum darling-darling ku..
Kebelakangan ni aku mak aih RAJIN bebeno babe,tak tau mengape..adakah kerana hormon,mood yang
sekejap ada,sekejap takde..hahaha!!!
aku tertarik nak hias-hias dinding kat bilik aku tu setelah membelek-belek benda tu kat kedai..memang lah wallpaper tu murah harganya,tapi tengok design punyalah cantik..Jadi aku patut lah mendecorate kan bilik tu..

Haa...cane bilik korang,aku tau bilik korang pasti lagi menarik,gempak dari aku..jadi aku juz nak share je gegambar ni kat korang-korang..
asal bilik aku separuh HIJAU separuh PUTIH hehehhehe..sebab aku cat separuh je..hahaha...malas pula nak cat-cat balik..
sekali tengok macam kuih SERI MUKA lak bilik aku ..mBahahahaaaaha!!
sekali buat , aku tak sedar jam menunjukkan 3 pagi..woah!! LEKA sangat sampai tak sedar..hehehhe..janji bilik aku punya dinding cantik nookk...(cantik ke?? ) hahaha

Kadang-kadang kita biarkan dinding yang kosong tu dengan takde ape-ape kan..eloklah letak-letak mende-mende ni kan..cantik pun cantik.. :P dah macam GEGIRL u... ^_^

dinding yang seputih salju

jeng jeng jeng

ni sample wall paper tuh


akhirnya jadik :P

tengok tengok !!

ni yang tak lekat kat dinding lagi :P

tarra !!!

tengok tengok dah macam kuih SERI MUKA kan... :P

ni main tampal je..tapi bagi aku lawa .. :P







saje -saje je nak SHARE gan korang..aku tau bilik aku tak lawa tapi bagi aku cukup lah untuk menyedapkan mata neh..
kalau korang beli wall paper tuh korang bolehlah ikut kreativiti korang,nak tampal cane pun..jaji LAWA kan...

JOM TAMPAL WALL PAPER SEKARANG !!

Monday 19 March 2012

Mari Baca

Assalamualaikum,


“Wahai saudaraku! Jangan engkau dekati Muhammad itu. Dia orang gila. Dia pembohong. Dia tukang sihir. Jika engkau mendekatinya, engkau akan dipengaruhinya dan engkau akan menjadi seperti dia,” kata seorang pengemis buta Yahudi berulang-ulang kali di satu sudut pasar di Madinah pada setiap pagi sambil tangannya menadah meminta belas orang yang lalu-lalang.
Orang yang lalu-lalang di pasar itu ada yang menghulurkan sedekah kerana kasihan malah ada juga yang tidak mempedulikannya langsung.
Pada setiap pagi, kata-kata menghina Rasulullah SAW itu tidak lekang daripada mulutnya seolah-olah mengingatkan kepada orang ramai supaya jangan terpedaya dengan ajaran Rasulullah SAW. Seperti biasa juga, Rasulullah SAW ke pasar Madinah. Apabila baginda sampai, baginda terus mendapatkan pengemis buta Yahudi itu lalu menyuapkan makanan ke mulutnya dengan lembut dan bersopan tanpa berkata apa-apa.
Pengemis buta Yahudi yang tidak pernah bertanya siapakah yang menyuapkan itu begitu berselera sekali apabila ada orang yang baik hati memberi dan menyuapkan makanan ke mulutnya.
Perbuatan baginda itu dilakukannya setiap hari sehinggalah baginda wafat. Sejak kewafatan baginda, tidak ada sesiapa yang sudi menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu setiap pagi.
Pada satu pagi, Saidina Abu Bakar ra pergi ke rumah anaknya, Siti Aisyah yang juga merupakan isteri Rasulullah SAW untuk bertanyakan sesuatu kepadanya.
“Wahai anakku Aisyah, apakah kebiasaan yang Muhammad lakukan yang aku tidak lakukan?”, tanya Saidina Abu Bakar ra sebaik duduk di dalam rumah Aisyah.
“Ayahandaku, boleh dikatakan apa sahaja yang Rasulullah lakukan, ayahanda telah lakukan kecuali satu,” beritahu Aisyah sambil melayan ayahandanya dengan hidangan yang tersedia.
“Apakah dia wahai anakku, Aisyah?”
“Setiap pagi Rasulullah akan membawa makanan untuk seorang pengemis buta Yahudi di satu sudut di pasar Madinah dan menyuapkan makanan ke mulutnya. Sejak pemergian Rasulullah, sudah tentu tidak ada sesiapa lagi yang menyuapkan makanan kepada pengemis itu,” beritahu Aisyah kepada ayahandanya seolah-olah kasihan dengan nasib pengemis itu.
“Kalau begitu, ayahanda akan lakukan seperti apa yang Muhammad lakukan setiap pagi. Kamu sediakanlah makanan yang selalu dibawa oleh Muhammad untuk pengemis itu,” beritahu Saidina Abu Bakar ra kepada anaknya.
Pada keesokan harinya, Saidina Abu BAkar ra membawakan makanan yang sama seperti apa yang Rasulullah SAW bawakan untuk pengemis itu sebelum ini. Setelah puas mencari, akhirnya beliau bertemu juga dengan pengemis buta itu. Saidina Abu Bakar ra segera menghampiri dan terus menyuapkan makanan ke mulut pengemis itu.
“Hei… Siapakah kamu? Berani kamu menyuapku?” Pengemis buta itu mengherdik Saidina Abu Bakar ra. Pengemis buta itu terasa lain benar perbuatan Saidina Abu Bakar ra itu seperti kebiasaan.
“Akulah orang yang selalu menyuapmu setiap pagi,” jawab Saidina Abu Bakar ra sambil memerhatikan wajah pengemis buta itu yang nampak marah.
“Bukan! Kamu bukan orang yang selalu menyuapku setiap pagi. Perbuatan orang itu terlalu lembut dan bersopan. Aku dapat merasakannya, dia terlebih dahulu akan menghaluskan makanan itu kemudian barulah menyuap ke mulutku. Tapi kali ini aku terasa sangat susah aku hendak menelannya,” balas pengemis buta itu lagi sambil menolak tangan Saidina Abu Bakar ra yang masih memegang makanan itu.
“Ya, aku mengaku. Aku bukan orang yang biasa menyuapmu setiap pagi. Aku adalah sahabatnya. Aku menggantikan tempatnya,” beritahu Saidina Abu Bakar ra sambil mengesat air matanya yang sedih.
“Tetapi ke manakah perginya orang itu dan siapakah dia?”, tanya pengemis buta itu.
“Dia ialah Muhammad Rasulullah. Dia telah kembali ke rahmatullah. Sebab itulah aku yang menggantikan tempatnya,” jelas Saidina Abu Bakar ra dengan harapan pengemis itu berpuas hati.
“Dia Muhammad Rasulullah?”, kata pengemis itu dengan suara yang terkedu.
“Mengapa kamu terkejut? Dia insan yang sangat mulia,” beritahu Saidina Abu Bakar ra. Tidak semena-mena pengemis itu menangis sepuas-puasnya. Setelah agak reda, barulah dia bersuara.
“Benarkah dia Muhammad Rasulullah?”, pengemis buta itu mengulangi pertanyaannya seolah-olah tidak percaya dengan berita yang baru didengarnya itu.
“Ya benar. Kamu tidak percaya?”
“Selama ini aku menghinanya, aku memfitnahnya tetapi dia sedikit pun tidak pernah memarahiku malah dia terus juga menyuap makanan ke mulutku dengan sopan dan lembut. Sekarang aku telah kehilangannya sebelum sempat memohon ampun kepadanya,” ujar pengemis itu sambil menangis teresak-esak.
“Dia memang insan yang sangat mulia. Kamu tidak akan berjumpa dengan manusia semulia itu selepas ini kerana dia telah pun meninggalkan kita,” beritahu Saidina Abu Bakar ra.
“Kalau begitu, aku mahu kamu menjadi saksi. Aku ingin mengucapkan kalimah syahadah dan aku memohon keampunan Allah,” ujar pengemis buta itu.
Selepas peristiwa itu, pengemis itu telah memeluk Islam di hadapan Saidina Abu Bakar ra. Keperibadian Rasulullah SAW telah memikat jiwa pengemis itu untuk mengakui ke-Esaan Allah..



 

Tuesday 13 March 2012

Simple Giveaway By Mya Vinnfier

Assalamualaikum,

   HA...korang nak hadiah free??hadiah yang senang-senang je dapat kalau rajin.. hadiah HEBAT-HEBAT menanti anda !! (wah , dah macam iklan court mamorth lak..hihiihihi)

Senang je kalau nak hadiah-hadiah menarik ini korang mestilah kena :

Follow blog Azza dan blog Mya
Like page kat FB dorang Story About Mya dan Ini Kisah Hidup Aku
Buat entry pasal contest ni dan letakkan banner di atas didalam entry korang ..
Tag 3 orang rakan dan pastikan mereka tahu !!
Jangan LEPASKAN peluang yea!!
tarikh luput: 30/4/2012 <3
yang aku TAG adalah :

Monday 12 March 2012

I S N I N (yawn)

Assalamualaikum , hari isnin mengantuk kan..nak kerja pun malas beno,apatah lagi yang nak pegi skolah mesti pepagi ni payah nak bukak mata.teringat waktu zaman skolah hari isnin dah siap senarai nak buat apa.
1) siapkan homework
2) tengok jadual,susun buku dalam beg
3) susun kasut,gosok set pakaian sekolah
4) sms kawan ,datang tak skolah esok..(hahhaha,jangan follow ye!!)
 hahahhaha..dah sampai sekolah kena pula  PERHIMPUNAN.. lagi lah lesu..tapi semua tu dulu-dulu..bila dah lame meninggalkan alam persekolahan aku mula rindukannya!! huhuhuhhu
Sekarang cuti sekolah,jadi ramailah cegu-cegu,student-student berlibur..(jeles-jeles) T^T
SELAMAT BERCUTI STUDENT-STUDENT ..JANGAN LUPA CUCI KASUT SEKOLAH.. :p

Ok ni ada lah beberapa kartun tok menceriakan korang ,layan je lah yea...

benda ni aku setuju..aku keje mesti on MUSIC!!






Sunday 11 March 2012

P i z z a H u t

Assalamualaikum, yabedabeeduuuu


Hye korang sihat ke,makan suda ka ? mandi sudah ka ?? hehehhe..hurm..nak citew ni..selepas balik kerja minggu lepas..Dengan berhempas-pulas situasi di Klinik , jadi time balik aku dengan GUMBIRA-nya berpeleseran dengan teman-teman sehati-sejiwa..hehehe..Bukan merempit,bukan mengurat mamat-mamat tepi jalan..tapi pergi makan dengan karaoke..

Memang aktiviti lepas pun macam karaoke kan..hahaha.tapi itulah minat kiteorg..ngeeee... Nak buat cane kan..memang lah suara kiteorang tak se-MACHO Anuar Zain..tapi boleh lah sedap-sedap gituw..Lagipun katak pun tak pernah kata kami geng dorang ..

  Ok , lepas balik nyayi-nyayi,perut berkeroncong lak..cari-cari tempat nak makan ternampak lah KFC ,tapi bila pergi KFC under construction pulakk..HAIH,nak taknak kami pun pergi lah P I Z Z A H U T ..Servis TIP-TOP kau...tapi adelah staff lelaki sorang tu kan mungkin ada masalah ..BAD MOOD je.. : period kah kau?? CHILL LA BRO... mintak pinggan macam mintak penampor lak kat kiteorang..T^T

Kesimpulannya CUSTOMER ALWAYS RIGHT ..Bermanis-manislah muka-muka sesiapa yang berkerja dalam indusrti makanan ke,perubatan ke,kerajaan ke..muke mestilah SENYUM !!
SENYUM TAK PERLU KATA APA-APA ..Aku rasa lah bukan aku sorang je kot terkena servis yang nak tak servis,senyum pun tak..cakap pun nak tak nak...time membayar laju je amek duit ek..Malah ini bukan kali pertama tau terkena cengini..huhuhuuhu..Pepun ini
reminder untuk aku juga..YA !! aku juga perlu senyum kalau patient marah aku kan..Bukan nak menyalahkan sesiapa..tapi tak salahkan ingat sesama sindri??

Ok korang tibanya masa layan gambar ye..
Tengok kiteorang senyum rilekk je..
 

Ima n Lela (Sila abaikan mamat belakang tuh..xkene mengene pun..) ngeee

Layan makanan lebih daripada biasa


Lela : alamak bill berapa ni haa...

Aku : haih.makanan mahal ,kena habiskan semuanya!!

Tengok senyum lagi ..tak kene bill kan senyuman tuh..
Haaa..kiteorang makan ni : 
Spageti kurang masin..Memang sedap sebab kami laporr..GRRRR
Pizza : Seafood,Erk..tak sedap siyutt..baik amek original flavour..T^T



Memang bill mahal.tapi PUAS mak...PUAS ke?? T^T
Ok,jupe lagi...thx membaca


Friday 9 March 2012

"Segmen: 7 Perkara yang Saya Akan Buat Sebelum Mati"




Assalamualaikum, yiba yiba yiba korang..
haa,tengok tak tajuk di atas tu??macam menakutkan kan..iyelah 7 benda yang korang akan buat sebelum mati.
Bila dah mati,apepun tak boleh buat kan..kiranya menYESAL tak sudah kalau sepanjang hidup kita buat benda yang tak bermanfaat kan..


Tajuk ni pun amat menarik bagi aku..Terpikir-pikir apalah yang aku akan buat before meninggalkan dunia yang sementara  Indah ni..Disebabkan pemilik http://speakersekolah.blogspot.com/ blog ini kata boleh join,jadi aku pun nak join dan share dengan korang-korang..kalau nak join pun takpe jugak kan...sharing is caring kan..:P


Perkara-perkara yang akan aku lakukan adalah :

1) Aku nak bayar segala hutang piutang aku dengan semua orang di dunia ni..(sebab aku pernah baca,kalau mati dalam hutang,payah kan nak masuk syurga).Kalau aku ade hutang kat korang.sila lah bagi komen kat entry bawah ni berserta jumlah hutang ye.. :P


2)  Aku nak mintak maaf kat semua orang..sebab aku kan mulut agak laser,manalah tau ada orang akan terasa dengan lawak aku ke,kata-kata aku ke,apa-apa ke...kan..kan..kan..

3) Aku nak KAHWIN..nak kumpul PAHALA banyak-banyak..sebab aku pernah bacalah kan KAHWIN ni boleh buat kaum WANITA dapat pahala dengan banyak..buat air kopi kat suami dapat pahala,buat suami gembira dapat pahala,apa sahaja dibuat untuk suami mesti dapat pahala..ISLAM ITU INDAH kan.. :P


4) Aku nak bawak parent,famili aku pegi HAJI ..sebab itu impian dorang dan aku,semoga aku dimurahkan rezeki bagi parent,famili  dapat pergi sana.AMIN !!

5) Aku nak bahagiakan semua orang di sekeliling aku dan cakap aku SAYANG kat dorang.dorang,dorang.

6) Aku nak pergi merantau ke PANTAI-PANTAI di malaysia dengan keluarga atau suami ..mesti best kan..bercuti dengan orang tersayang..ngeee..

7) Aku nak tutup akaun FACEBOOK aku,aku akan pesan semua kawan-kawan aku kalau ada gambar aku yang tak menutup AURAT tu tolong delete je..


Kesimpulannya,bila buat entry nih tetiba aku rasa macam betul-betul  je nak meninggalkan semua apa yang aku ada  kat dunia nih.. T_T ..Sekiranya ada salah maafkan lah ye..

Korang nak join jugak ke?? jum KE SINI http://speakersekolah.blogspot.com/ !!

Tuesday 6 March 2012

C E R I T A

Assalamualaikum ...
 Ahad lepas aku ada lepak - lepak,bermalas malasan ..tapi kan kan kan KAKI aku taklah lepak-lepak pulak..asyik jalan merata-rata je..Aku kalau lepak pun kat The Curve je..Tempat faveret tuh...Kalau The Curve suruh jadi DUTA free pun aku ON je..mbahahhaha!! Korang pernah pergi sana tak??kalau pernah jom datink gan aku,korang belanja?? !! ngeeeee...Kitaorang pergi tengok wayang tajuk citer Devil Inside..Hurm, citer itu Dokumentari tentang kerasukkan Setan-setan yang melampau..OK rugi tengok..Baik aku tengok Cinta Kura-Kura kott...hehehhehhe

  Aku memang minat cerita/filem SERAM/HORROR..tak tau kenapa..walaupun takut,masih nak tengok-tengok..kejap bukak mata,kejap tutup mata..hihihihihiihhi...tapi takut-takut tengok cerita hantu aku lagi takut HIGH HEEL..Hahahhahahhahha ...Aku paling suka layan film hantu KOREA,JEPUN sebab terbaik hantu dorang..kekadang jeles doe tengok rambut dorang lurus je.."HANYA GUNA JARI JE " hahhahaha


Ok aku seram lak tengok blog aku ada cerita menakutkan,kita berbalik pada aktiviti hari Ahad lepas ea..Jum layan gambar..


  


siyes..patung ni macam REAL ..seremm =_=


Fav makanan tambahan untuk kuatkan gigi
 Tetibe nak jadi macam DATO SITI makan strawberi cicah cekelatt..heheheh


Pocong takut high heel
 

Ju Onn
 

Agak-agak korang yang pose film mana yang paling HORROR or SERAM...Ju onn or Pocong takut high heel  <3..Sila lah undi ...ngeeee...


Ok jupe next blog...

Saturday 3 March 2012

Resipi ..wooot wooot wooot

Murtabak Ima

sedap kan...haa...ni flavour terMASIN sikit..ngeeeeee..

1st time buat murtabak "IMA" pakai kulit popia..haaa..korang pernah buat tak tak tak tak..aku pelik gak kulit popia boleh buat murtabak memula..kalau kawan aku ima boleh buat,jadi pulak tu..asal lak aku tak buleh kan kan kan ...hehehhe..AKHIRYE jadi jugak MURTABAK IMA ni  namenya..

 RESIPI nak tak??

aku jenis simple,jadi resipi ni pun simple macam kawan aku gan aku..Haaa..cepat-cepat ambil pen,kertas,tulis-tulis...muehehehhehehe.. :))


RESIPI MURTABAK IMA:

KULIT POPIA (aku beli kat kedai 99 speedmart)
DAGING BURGER (aku pilih daging Ramly kalau korang nak ayam tukar lah ke ayam)
KENTANG (aku guna 2 biji , potong dadu,kecil-kecil)
TELUR (aku guna 4 biji / dipukul )
DAUN SUP (racik-racik/potong kecik-kecik)
KARI DAGING/AYAM
BAWANG BESAR (racik-racik/potong kecik-kecik)
MINYAK MASAK
GARAM (secukupnya)
AJINOMOTO (secukupnya)
AIR


CARA-CARA PULAKK :

Mula-mula tumis minyak masak dengan bawang yang korang racik tadi,tumis sehingga naik bau dan bertukar warna keperang-perangan.Lepas tu korang bubuh la bancuhan kari ,tumis sampai pecah minyak.Dah pecah minyak korang letak lah daging,kentang,Garam,Ajinomoto secukup rasa, pastu letak la air sedikit untuk masakkan kentang sehingga empuk,air tu agak-agak lah tenggelamkan ubi kentang tu,sebab kentang akan serap air..Tunggu sehingga air kering dan inti korang jadi pekat macam inti karipap.

Dah siap inti korang,taburkan daun bawang..
Masukkan inti tadi dalam telur yang dipukul dan kacau sehingga sebati.(Haa..ni korang bancuh sikit demi sedikit,macam aku bancuh dalam cawan jer) Selepas itu korang ambil kulit popia sekeping letakkan inti tadi ..ditengah-tengah dan lipat empat segi..kalau korang kreatif sangat lipat lah bentuk apa-apa pun...Jangan sampai inti terkeluar dari kulit popia sudahh ek..

Dah siap lipat,panaskan kuali (aku gune kuali leper macam kuali buat ikan bakar,korang nak guna kuali buat tosai/tosey pun bolehhh) dan sapu minyak di kuali tu,masak seperti biasa..kulit popia tu akan jadi garing korang bolehlah angkat dan sedia untuk di makan.. :))


p/s : Siap tulis..haaa...pasni korang pergilah buat,bagilah sesape makan..aku nak offer makanan ni kat Bakal MAK MERTUA bila ada sesi beramah -mesra nanti..Manetau senang jadi menantu nanti kan kan kan kan..hehehhehhe..


Ok ,jupe next blog..<3

biarlah GAMBAR berkata-kata pulakkkk..

ASSALAMUALAIKUM, AWAK AWAK AWAK nak bagitau memang ini citer lame sekitar pertengahan bulan FEB 2012..Aku ada balik kampung..Nak tau tak?? Tak nak tau pun tetap aku nak bagitahu...mbahahhaha...AKU 1st time tengok pokok kekabu aka pokok kapas..waghahhahaha!!

    Aku : Wow,banyak giler pokok ni ada sarang burung bah..(Dalam hati terpikir2,cun jugak sarang burung kat pepokok ni)
    Abah : Ni bukan sarang burung,tu pokok KEKABU yang orang buar bantal lah..
    Aku :  >_<"   ( MEMANG TAK KENAL !! ) huhuhu


>_<" inilah yang aku katakan SARANG BURUNG

Di sini ingin aku katakan memang terasa BANGGANG kejap bile terkena situasi macam tuh,BELUM lagik aku tengok sungai ke, hutan ke, bukan aku JAKON (hmmm...pelik) tapi aku kagum jeww.. :P AKU SUKA PERSEKITARAN KAMPUNG..siyess bebeh...<3 sesangattt..tapiiiii untuk balik sekali sekala je lah..menetap aku mungkin tak tau lah camnew kan..kan..kan...
Dengan harga makanan MURAH..baju MURAH,tengok lembu..pegang kambing,kene kejar angsa,perghhh...takde nyer kat KOLUMPOR...hehehhe..OK korg layan gambar-gambar dari henpon aku..kalau tak jelas,maaflah ea..henpon camera je..1.3 megapixel jek... :P


KAMPUNG <3

korang penah makan PUCUK ULAM RAJA tak??
waktu kecik-kecik aku tinggal dengan arwah atok aku,ni lah sayur faveret aku dari pucuk ubi.. :P (aku mengaku aku anak kampung)

tehgok-tengok >_<"

pau ni murah gileeerrr..RM 1 je..tapi besar gabak kott..


tengok-tengok >_<" lagi besar pau dari tapak tangan aku.

sawah padiiiii..sebelah rumah arwah atok jew.. :P


nilah aku malas nak balik kampung dedulu,TOILET mesti kat luar..punyelah seram..igat lagi time mak aku pergi toilet,siap lembu sondol pintu toilet..mau terkejutt kiteorg time tuh..

tengok rumah atok yang dah teruk..T_T
 Rumah atok aku ni dah berpuluh-puluh tahun ditinggalkan sebab anak-anak ramai menetap di BANDAR ..sayang kan...


ini basikal yang membesar dengan bapak aku..dah karat..T_T

mee rebus yang MURAH..RM 2 sepinggan tapi kenyang perut..

buweekkkk...

tomey kan..anak kucing ni paling kuat mengiau2 ...mengiau kol 2 pagi lak tuh..haih..
Semua ini mengimbau kembali kenangan aku time kekecik dedulu..Main masak-masak dengan geng perempuan,petang tu lak main layang-layang dengan geng lelaki kat sawah padi..haih..nak KECIK balik..hehehehehehe..


Ok jupe next blog k..thank membaca kat AWAK..AWAK..AWAK..ehhh..AWAK lagi ..
Daisypath Anniversary tickers