Sunday, 20 April 2014

Kaki Pukul Kaki Maki .

Assalamualaikum ,

Sebenarnya aku menyampah , loya , nak maki hamun pada lelaki jenis kaki pukul , kaki maki anak bini.

Seriusly aku menyampah , rasa nak bagi penumbuk sulung ni ke muka mereka,
pernah satu situasi Bf marah Gf maki hamun depan public , apa kejadah semua ni beb ?? baru jadi kapel-kapel , kau dah tunjuk belang samseng .
Aku pernah dengar luahan kawan aku , disepak terajang , dimaki hamun dengan suami dia , tapi dia masih bertahan demi anak-anak. Kau tak nampak ke effort bini kau nak bertahan dengan kau ?? otak kau mana??

Mana Kasih sayang ? mana janji sewaktu akad nikah mahu melindungi isteri kau?
kaki pukul  , kaki maki ni mereka ada di mana-mana , ada di sekeliling kita . Masih ramai bertopengkan haiwan , sebab depan orang lain mulut manis, depan anak bini kau garang , kurang ajar macam singa, naga dan haiwan apa ntah layak aku bagi kat kau.

Belajarlah erti sabar , Belajarlah erti istigfar banyak-banyak. Syaitan sukalah kau marah-marah , pukul-pukul depan orang ramai.Tepuk tangan siap hore-hore bila kau buat macam tuh.

Seriusly lelaki yang  memukul sekali , pasti akan memukul lagi . Aku tak percaya lelaki macam nih.
Sori kaum Adam , aku sakit hati sebab situasi kena pada aku.
Aku sakit hati sebab tak mampu nak lawan , aku mampu luah sini je.

Kalau korang jumpa lelaki jenis macam nih baik jauhkan diri walau sayang kau sebesar Gunung Everest , sedalam Laut Pasific. Cinta-cinta jugak , sayang sayang jugak tapi jangan musnahkan hidup kau.
Sebab perit rasanya kalau dapat jenis macam nih.
kau takkan dihargai sepanjang hidup kau.
dan kesian kat anak-anak dan masa depan dorang.

Sunday, 2 March 2014

Tawau aku datang Part Last .

Kuih ni namanya Jatuh Bangun , Kira semangat jugakla aku nak makan kuih ni , Semenanjung memang takde kuih macam ni , rasanya macam apam berkacang :)

Haaa.. ini last la part Tawau tau !! *nampak tak semangat aku nak abiskan part nih* Dan aku upload semua pic supaya korang dapat merasai keseronokkan yang kitaorang rasa.Siapa kata Tawau takde apa-apa , Mai sini aku cakap , kat Tawau ada apa . Hehehe

Suasana Tawau di petang . Fuh sunset gitu .



Geng Tawau yang memeriahkan percutian kali ni , Iffah , Norain , Pari-pari putih , Mawardi , Mk Syahir dan Dikbee .




Sesampai je dari rumah Lina (Bakal pengantin ) , kami makan gitu-gitu kat rumah depa dan satu kemestian datang Tawau , rugi la kalau datang tak makan SEAFOOD !! Kami makan seafood yang fresh-fresh malam tuh :)
 Memang berbaloi kau .. Harga memang murah nak di bandingkan Semenanjung .







Satu lagi nak bagitau korang la, suasana Tawau kan , pagi dia pukul 6.30 pagi cerah umpama pukul 8.00 pagi  -.-" . Hari pesday jenuh kelam kabut bangun nak Subuh ingat dah terlajak Subuh , Rupanya memang matahari naik cepat kat sana . Fuhh fiufiu . Pastu lak suasana 6.30 malam dah macam suasana pukul 8 malam . Memang tersa macam duduk obesi (luar negara) . kikiki
















Selamat sudah majlis Perkhawinan Lina dan Kerol , sungguh la suasana mereka kenduri sangat terkawal . Kenapa aku cakap terkawal ??
Dari majlis makan malam , makan pagi dan makan-makan semuanya sedara mara Lina yang buat , Kami sebagai TETAMU , memang la goyang kaki , Dan jangan tanya kenapa aku dah berisi walaupun tinggal sana hanya 6 hari . (Adoii)
Semangat Saudara sangat Kuat dalam family derang , terasa terharu sesangat T_T
Tahniah kepada pasangan Lina dan Kerol , aku doakan korang bahagia dan kekal together-gether (cepat-cepat dapat baby ea)


Lepas je kenduri Lina , Kami berdesuppppp Pi jejalan kat area Kg Indrasabah !! jejalan tengok Jeti , tengok sunset , Selfie sana dan selfie sini .


1) Apa yang best kat Tawau , adalah keindahan alam semula jadi yang tak tercemar , malah udara pun fresh air kalah Ambipure .






2) Apa yang best kat Tawau adalah kat Tawau ada Sungai ..Tralallala . Jemput mandi sungai..  Sungai dia pun macam kat Semenanjung jugak. Dan lagi best siap bunyi binatang-binatang pelik *efek alam semulajadi*








3) Apa best kat Tawau adalah orang disini sangat peramah ! dari kanak-kanak dan orang muda dan warga emas. hihihi.. *terasa betul-betul macam menteri jugakla sebab layanan tiptop walaupun tak kenal antara satu sama lain*










4) Apa yang best kat Tawau adalah , kami boleh selamba gila naik kereta pancuan 4 roda , siap duduk belakang dan berlagak macam Tawau ni kami punya. *ishhh , tak behave kan*







5) Apa yang best kat Tawau adalah , banyak cenderamata murah-murah , tempat cantik-cantik *Alhamdulilah *





















































6) Apa yang best kat Tawau adalah ,  Lobster oitt, pestime makan nih , rasanya macam ketam , isi manis -manis dan memang puaslah makan . Terima kasih pada yang belanja kami makan , Alhamdulillah atas rezeki tu . Semoga rezeki korang bertambah-tambah :)





Lauk-pauk yang disediakan oleh Mak  Tuan Rumah (Kon) , perghhhhhhh , isi manis pastu fresh-fresh . Terbaik !!

Terima Kasih di atas segala-galanya , Atas layanan , makanan yang diberi , kasih sayang yang tercurah . Terima kasih sangat . Satu pergalaman yang bermakna untuk aku kenangkan :)




7) Best kat Tawau sebab aku boleh selfie memana dan tanpa pedulik orang lain *padahal tempat lain pun memana aku boleh selfie*

-- pernah dengar orang ukir nama kat batu ?? haa , di Tawau korang boleh buat tanpa rasa bersalah . *siap la kau kena kejar dengan penghulu kampung *

Apapun , Tawau memang takde bangunan tinggi-tinggi macam KLCC , takde bangla , takde nepal kat sini , yang ada hanyalah keindahan alam semulajadi . Seriusly siapa pencinta keindahan bolehlah layan sini . Okla akhirnya tamatlah part last ni . Yahoooooooo !!


posted from Bloggeroid